KONTRAK PERKHIDMATAN
Satu dokumen penting yang wajib disediakan oleh majikan kepada pekerjanya sebelum atau pada hari pertama pekerja melaporkan diri. Kontrak perkhidmatan ini mengandungi hak dan tanggungjawab kedua-dua pihak yang perlu dipenuhi. Majikan hendaklah memberikan satu salinan kontrak perkhidmatan kepada pekerjanya. Di antara pekerja yang perlu ada dalam kontrak perkhidmatan ialah;
i. Nama Pekerja
ii. No. Kad Pengenalan
iii. Jawatan / pekerjaan
iv. Kadar Upah (Nyatakan Bulan/Hari/Jam)
v. Tempoh upah
v. Kadar Elaun
vi. Kadar Kerja Lebihmasa
vii. Faedah Lain
viii. Waktu Kerja biasa
ix. Tempoh penamatan notis
x. Bilangan hari kelepasan am dan cuti tahunan bergaji
xi. Bilangan cuti sakit berbayar
xii. Lain syarat yang ditetapkan
Apa itu Kontrak Perkhidmatan ?
Mana-mana perjanjian , sama ada lisan atau bertulis, sama ada nyata atau tersirat, di mana seorang bersetuju untuk mengambil seorang lain sebagai pekerja dan orang yang lain itu bersetuju untuk berkhidmat dalam mana-mana yang diusahakan oleh majikanya. [Sek 2]
Kontrak perkhidmatan bagi suatu tempoh masa tertentu yang melebihi satu bulan hendaklah secara bertulis. Kontrak perkhidmatan juga hendaklah mempunyai peruntukan bagi penamatan [ Sek 10]
Mana-mana kontrak perkhidmtan yang memperuntukan terma dan syarat perkhidmatan kurang memberikan faedah kepada pekerja seperti mana yang ditetapkan di bawah akta ini hendaklah terbatal dan digantikan dengan peruntukan yang lebih memberi faedah di bawah akta. [Sek 7]
Disediakan oleh : Unit Media JTK Perlis
_________________________________________________________________________________
Disclaimer:
Penerbitan ini adalah untuk bersifat hebahan dan panduan umum. Pihak Jabatan tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang dihadapi berbangkit dari penulisan ini. Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada JTK Perlis - 04 977 1925 / 1928