AKTA KERJA 1955 - Pengenalan
Merupakan akta utama yang dikuatkuasakan oleh Jabatan Tenaga Kerja. Walaupun akta ini telah lama wujud tetapi ianya telah melalui beberapa kali proses pindaan undang bagi mematikan ianya terus relavan dengan keadaan pekerjaan semasa. Kali terakahir akta ini dipinda ialah pada tahun 2012. Pada masa ini kerajaan di peringkat akhir untuk membuat pindaan terkini kepada peruntukan tertentu dalam akta ini yang bertujuan untuk memberikan kebajikan kepada para pekerja dan majikan di negara ini selaras dengan standard yang ditetapkan di peringkat antarabangsa. Akta ini mengandungi 103 Seksyen dan beberapa peraturan seperti Peraturan-Peraturan Kerja 1957, Peraturan-Peraturan Kerja ( Mengambil Bekerja Wanita)(Pekerja-Pekerja Shif, 1970), Peraturan-Peraturan Kerja (Kadar Minimum Elaun Bersalin, 1976), Peraturan-Peraturan Kerja (Faedah-Faedah Penamatan Dan Rentikerja Sentara, 1980) dan Peraturan-Peraturan Kerja (Had Kerja Lebih Masa, 1980).
Siapakah yang dilindungi oleh Akta Kerja 1955?
Pekerja (takrifan) yang dimasukkan dalam mana-mana kategori di bawah Jadual 1, Akta Kerja 1955, iaitu;
1. Mana-mana orang, tidak kira pekerjaannya, yang telah memasuki kontrak perkhidmatan dengan seorang majikan di mana upah orang tersebut tidak melebihi RM 2,000.00 sebulan.
2. Mana-mana orang yang, tidak kira jumlah upahnya yang diperolehi dalam sebulan, telah memasuki kontrak perkhidmatan dengan seorang majikan yang mana terlibat dalam;
a. Pekerjaan kasar (Manual)
b. Mengendalikan kenderaan berjentera
c. Menyelia pekerja kasar (manual) yang diambil oleh majikan yang sama
d. Pengupayaan dalam mana-mana kapal yang berdaftar di Malaysia
e. Pekerja domestik
Tambahan :
Pekerja yang menerima upah lebih RM 2,000.00 sebulan tetapi tidak melebihi RM 5,000.00 sebulan juga boleh membuat tuntutan bayaran di bawah akta ini dengan syarat perkara-perkara yang dipertikaikan hendaklah dinyatakan dengan jelas dalam terma dan syarat pekerjaan secara bertulis. [S 69B & 69C]
Adakah Majikan dilindungi di bawah Akta Kerja 1955?
Ya. Majikan (takrifan) mana-mana orang yang membuat kontrak perkhidmatan untuk mengambil bekerja mana-mana orang lain sebagai pekerja dan termasuklah ejen, pengurus atau faktor bagi orang yang disebutkan tersebut.
Tambahan:
Majikan boleh membuat tuntan bayaran di bawah Akta Kerja 1955 bagi bayaran balik gaji ganti notis seperti diperuntukan di bawan Seksyen 69(2)(iii) dan 69C
Adakah pekerja asing dilindungi di bawah Akta Kerja 1955?
Ya. Hak pekerja asing dilindungi sama seperti hak pekerja tempatan.
Disediakan oleh : Unit Media JTK Perlis
_________________________________________________________________________________
Disclaimer:
Penerbitan ini adalah untuk bersifat hebahan dan panduan umum. Pihak Jabatan tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang dihadapi berbangkit dari penulisan ini. Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada JTK Perlis - 04 977 1925 / 1928
September 16, 2019
OPERASI PEMERIKSAAN BERKANUN
Kangar,
9/1/2019 Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Negeri Perlis telah memulakan
operasi Pemeriksaan Berkanun ke atas majikan di sekitar Padang Besar.
Sebanyak 12 tempat
pekerjaan telah diperiksa yang melibatkan 2 pasukan penguatkuasa JTK
Negeri Perlis. Objektif utama aktiviti adalah untuk memastikan
pematuhan undang-undang perburuhan melalui tindakan penguatkuasaan,
pemantauan dan tindakan pembetulan. Misi Pemeriksaan Berkanun
bagi bulan Januari 2019 turut memfokuskan Perlaksanaan Perintah Gaji
Minimum (PGM) 2018. Kerajaan telah menetapkan kadar gaji minimum
sebanyak RM 1,100 sebulan kepada semua pekerja di negara tanpa mengira
jenis atau kategori pekerjaan atau wilayah. Para
majikan yang diperiksa juga telah mengetahui mengenai perlaksanaan
PGM 2018 berkuatkuasa 1 Januari 2019 dan akan mematuhi peruntukan
undang undang yang telah digariskan. Para pekerja juga telah
dinasihatkan untuk membuat aduan jika pihak majikan gagal
mematuhi PGM 2018 di Pejabat Tenaga Kerja Kangar. Misi yang sama juga
akan dilaksanakan bagi bulan Februari dan seterusnya.
CERAMAH KERJAYA SEMPENA MINGGU SILATURRAHIM SESI 1/2019 DI INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN KANGAR, PERLIS

Subscribe to:
Posts (Atom)