September 16, 2019

OPERASI PEMERIKSAAN BERKANUN

Kangar, 9/1/2019 Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Negeri Perlis telah memulakan operasi Pemeriksaan Berkanun ke atas majikan di sekitar Padang Besar. Sebanyak 12 tempat pekerjaan telah diperiksa yang melibatkan 2 pasukan penguatkuasa JTK Negeri Perlis.  Objektif utama aktiviti adalah untuk memastikan pematuhan undang-undang perburuhan melalui tindakan penguatkuasaan, pemantauan dan tindakan pembetulan. Misi Pemeriksaan Berkanun bagi bulan Januari 2019 turut  memfokuskan  Perlaksanaan Perintah Gaji Minimum  (PGM) 2018. Kerajaan telah menetapkan kadar gaji minimum sebanyak RM 1,100 sebulan kepada semua pekerja di negara tanpa mengira jenis atau kategori pekerjaan atau wilayah.  Para majikan yang diperiksa  juga telah  mengetahui  mengenai  perlaksanaan PGM 2018 berkuatkuasa 1 Januari 2019  dan akan mematuhi peruntukan undang undang yang telah digariskan. Para pekerja juga telah dinasihatkan untuk membuat aduan jika pihak majikan gagal mematuhi PGM 2018 di Pejabat Tenaga Kerja Kangar. Misi yang sama juga akan dilaksanakan bagi bulan Februari dan  seterusnya.

No comments:

Post a Comment