January 9, 2019

PELAKSANAAN PERINTAH GAJI MINIMUM (PGM) 2018


Berkuatkuasa 1 Januari 2019, Kerajaan telah menetapkan kadar gaji minimum sebanyak RM 1,100.00 sebulan kepada semua pekerja di negara tanpa mengira jenis atau kategori pekerjaan  atau wilayah. Penetapan ini telah mengambilkira keadaan semasa ekonomi semasa dan kos perbelanjaan rakyat yang semakin tinggi. 

Semua majikan hendaklah mematuhi PGM 2018 ini tanpa mengira jenis perniagaan atau sektor industri. Kegagalan mematuhi peruntukan PGM 2018 dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM 10,000.00 bagi setiap kesalahan. 

Klik link di bawah untuk mendapatkan Perintah Gaji Minimum 2018.



Untuk keterangan lanjut anda boleh melayari webpage Kementerian Sumber Manusia.


Sebarang persoalan perundangan perburuhan juga boleh dikemukakan kepada;

Unit Penguatkuasaan,
Pejabat Tenaga Kerja Kangar
Tingkat 1, Bangunan Tun Abdul Razak
01000, Kangar Perlis
Tel: 04-977 1928 / 04-977 9111 (Telekerja)


Terbitan: Unit Media JTK Perlis

LAWATAN KE JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI PERLIS

KANGAR, 8/1/2019: Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Negeri Perlis bersama 5 orang pegawai telah mengadakan lawatan mesra ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Perlis. Tujuan lawatan ini adalah untuk mengeratkan hubungan mesra dan kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan di negeri Perlis yang sering membantu dalam melaksanakan program yang dianjurkan oleh JTK Perlis. Perbincangan mesra telah dijalankan bersama Encik Adnan bin Jaafar, Timbalan Pengarah 1 (Operasi) dan Encik Mohd Hairi Bin Hashim Penolong Pengarah (Penguatkuasaan) JKM Perlis yang meliputi fungsi dan peranan kedua-dua Jabatan yang mempunyai pelanggan sasaran yang sama iaitu Orang Kurang Upaya dan Kumpulan Khas (vulnerable group). Perbincangan juga diadakan untuk mengadakan program anjuran bersama kedua-dua jabatan pada masa akan datang. 



Encik Adnan memaklumkan Pengarah JKM Perlis iaitu Encik Mohd Hazam tidak dapat hadir bersama semasa lawatan ini atas urusan yang tidak dapat dielakkan. Beliau menyampaikan rasa terkilan kerana tidak dapat bersama namun bersedia memberikan komitmen dan mengadakan kerjasama dengan JTK Perlis. Beliau juga bersetuju untuk mengadakan lawatan timbal balik ke JTK Perlis untuk perbincangan lanjut mengenai cadangan penganjuran program bersama kedua-dua jabatan. 



Di antara program yang boleh dijalankan secara kerjasama pada masa akan datang ialah penganjuran Karnival Pekerjaan (Job fair) Orang Kurang Upaya dan Forum Berkaitan Pengurusan dan Penggajian OKU dan Kumpulan Khas.  Objektif lawatan ini tercapai dan diharapkan kerjasama diantara kedua-dua pihak akan berterusan pada masa akan datang.


Terbitan: Unit Media JTK Perlis

KUNJUNGAN MESRA JTK PERLIS KE RTM PERLIS

KANGAR, 6/1/2019; Seramai 5 orang pegawai dari Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Negeri Perlis telah mengadakan lawatan mesra ke Radio Televisyen Malaysia (RTM) Negeri Perlis. Rombongan JTK Perlis diketuai oleh Pengarahnya Encik Iskandar Bin Jassa. Objektif lawatan ini adalah untuk mengeratkan hubungan mesra dan kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan di negeri Perlis yang sering membantu dalam melaksanakan program-program yang dianjurkan oleh JTK Perlis.


Rombongan JTK Perlis telah disambut mesra oleh Pengarah Jabatan Penyiaran Negeri Perlis iaitu Encik Ahmad Zaki Bin Mustafa. Beliau amat menghargai kesudian pihak JTK Perlis untuk melawat ke RTM sambil bertukar-tukar pandangan berkaitan fungsi dan peranan masing-masing. Beliau juga bersedia memberikan komitmen untuk membantu pihak JTK Perlis untuk mempromosikan program-program anjuran JTK Perlis pada masa akan datang.




Rombongan JTK Perlis kemudiannya dibawa melawat ke sekitar pejabat khususnya ke Konti Radio Perlis.fm untuk melihat sendiri suasana kerja di RTM. JTK juga diberikan peluang untuk memberikan penerangan mengenai perundangan perburuhan khususnya berkaitan pelaksanaan Perintah Gaji Minimum 2018 yang berkuatkuasa mulai 1 Januari 2019. Lawatan ini mencapai objektifnya dan diharapkan kerjasama berterusan akan terus dilaksanakan pada masa akan datang.



Terbitan: Unit Media JTK Perlis