January 9, 2019

KUNJUNGAN MESRA JTK PERLIS KE RTM PERLIS

KANGAR, 6/1/2019; Seramai 5 orang pegawai dari Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Negeri Perlis telah mengadakan lawatan mesra ke Radio Televisyen Malaysia (RTM) Negeri Perlis. Rombongan JTK Perlis diketuai oleh Pengarahnya Encik Iskandar Bin Jassa. Objektif lawatan ini adalah untuk mengeratkan hubungan mesra dan kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan di negeri Perlis yang sering membantu dalam melaksanakan program-program yang dianjurkan oleh JTK Perlis.


Rombongan JTK Perlis telah disambut mesra oleh Pengarah Jabatan Penyiaran Negeri Perlis iaitu Encik Ahmad Zaki Bin Mustafa. Beliau amat menghargai kesudian pihak JTK Perlis untuk melawat ke RTM sambil bertukar-tukar pandangan berkaitan fungsi dan peranan masing-masing. Beliau juga bersedia memberikan komitmen untuk membantu pihak JTK Perlis untuk mempromosikan program-program anjuran JTK Perlis pada masa akan datang.




Rombongan JTK Perlis kemudiannya dibawa melawat ke sekitar pejabat khususnya ke Konti Radio Perlis.fm untuk melihat sendiri suasana kerja di RTM. JTK juga diberikan peluang untuk memberikan penerangan mengenai perundangan perburuhan khususnya berkaitan pelaksanaan Perintah Gaji Minimum 2018 yang berkuatkuasa mulai 1 Januari 2019. Lawatan ini mencapai objektifnya dan diharapkan kerjasama berterusan akan terus dilaksanakan pada masa akan datang.



Terbitan: Unit Media JTK Perlis




   

   

No comments:

Post a Comment