Berkuatkuasa 1 Januari 2019, Kerajaan telah menetapkan kadar gaji minimum sebanyak RM 1,100.00 sebulan kepada semua pekerja di negara tanpa mengira jenis atau kategori pekerjaan atau wilayah. Penetapan ini telah mengambilkira keadaan semasa ekonomi semasa dan kos perbelanjaan rakyat yang semakin tinggi.
Semua majikan hendaklah mematuhi PGM 2018 ini tanpa mengira jenis perniagaan atau sektor industri. Kegagalan mematuhi peruntukan PGM 2018 dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM 10,000.00 bagi setiap kesalahan.
Klik link di bawah untuk mendapatkan Perintah Gaji Minimum 2018.
Untuk keterangan lanjut anda boleh melayari webpage Kementerian Sumber Manusia.
Sebarang persoalan perundangan perburuhan juga boleh dikemukakan kepada;
Unit Penguatkuasaan,
Pejabat Tenaga Kerja Kangar
Tingkat 1, Bangunan Tun Abdul Razak
01000, Kangar Perlis
Tel: 04-977 1928 / 04-977 9111 (Telekerja)
Terbitan: Unit Media JTK Perlis
No comments:
Post a Comment