KANGAR, 8/1/2019: Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Negeri Perlis bersama 5 orang pegawai telah mengadakan lawatan mesra ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Perlis. Tujuan lawatan ini adalah untuk mengeratkan hubungan mesra dan kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan di negeri Perlis yang sering membantu dalam melaksanakan program yang dianjurkan oleh JTK Perlis. Perbincangan mesra telah dijalankan bersama Encik Adnan bin Jaafar, Timbalan Pengarah 1 (Operasi) dan Encik Mohd Hairi Bin Hashim Penolong Pengarah (Penguatkuasaan) JKM Perlis yang meliputi fungsi dan peranan kedua-dua Jabatan yang mempunyai pelanggan sasaran yang sama iaitu Orang Kurang Upaya dan Kumpulan Khas (vulnerable group). Perbincangan juga diadakan untuk mengadakan program anjuran bersama kedua-dua jabatan pada masa akan datang.
Encik Adnan memaklumkan Pengarah JKM Perlis iaitu Encik Mohd Hazam tidak dapat hadir bersama semasa lawatan ini atas urusan yang tidak dapat dielakkan. Beliau menyampaikan rasa terkilan kerana tidak dapat bersama namun bersedia memberikan komitmen dan mengadakan kerjasama dengan JTK Perlis. Beliau juga bersetuju untuk mengadakan lawatan timbal balik ke JTK Perlis untuk perbincangan lanjut mengenai cadangan penganjuran program bersama kedua-dua jabatan.
Di antara program yang boleh dijalankan secara kerjasama pada masa akan datang ialah penganjuran Karnival Pekerjaan (Job fair) Orang Kurang Upaya dan Forum Berkaitan Pengurusan dan Penggajian OKU dan Kumpulan Khas. Objektif lawatan ini tercapai dan diharapkan kerjasama diantara kedua-dua pihak akan berterusan pada masa akan datang.
Terbitan: Unit Media JTK Perlis
No comments:
Post a Comment