December 2, 2019

BICARA AKTA KERJA 1955 SIRI 2 - KONTRAK PERKHIDMATAN

KONTRAK PERKHIDMATAN

Satu dokumen penting yang wajib disediakan oleh majikan kepada pekerjanya sebelum atau pada hari pertama pekerja melaporkan diri. Kontrak perkhidmatan ini mengandungi hak dan tanggungjawab kedua-dua pihak yang perlu dipenuhi.  Majikan hendaklah memberikan satu salinan kontrak perkhidmatan kepada pekerjanya. Di antara pekerja yang perlu ada dalam kontrak perkhidmatan ialah;

i.    Nama Pekerja 
ii.   No. Kad Pengenalan
iii.  Jawatan / pekerjaan
iv.  Kadar Upah (Nyatakan Bulan/Hari/Jam)
v.   Tempoh upah
v.   Kadar Elaun 
vi.  Kadar Kerja Lebihmasa
vii. Faedah Lain
viii. Waktu Kerja biasa
ix.  Tempoh penamatan notis
x.   Bilangan hari kelepasan am dan cuti tahunan bergaji
xi.  Bilangan cuti sakit berbayar  
xii. Lain syarat yang ditetapkan


Apa itu Kontrak Perkhidmatan ?

Mana-mana perjanjian , sama ada lisan atau bertulis, sama ada nyata atau tersirat, di mana seorang bersetuju untuk mengambil seorang lain sebagai pekerja dan orang yang lain itu bersetuju untuk berkhidmat dalam mana-mana yang diusahakan oleh majikanya. [Sek 2]


Kontrak perkhidmatan bagi suatu tempoh masa tertentu yang melebihi satu bulan hendaklah secara bertulis. Kontrak perkhidmatan juga hendaklah mempunyai peruntukan bagi penamatan [ Sek 10]

Mana-mana kontrak perkhidmtan yang memperuntukan terma dan syarat perkhidmatan kurang memberikan faedah kepada pekerja seperti mana yang ditetapkan di bawah akta ini hendaklah terbatal dan digantikan dengan peruntukan yang lebih memberi faedah di bawah akta. [Sek 7]


Disediakan oleh : Unit Media JTK Perlis
_________________________________________________________________________________

Disclaimer:

Penerbitan ini adalah untuk bersifat hebahan dan panduan umum. Pihak Jabatan tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang dihadapi berbangkit dari penulisan ini. Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada JTK Perlis - 04 977 1925 / 1928


September 16, 2019

BICARA AKTA KERJA 1955 SIRI 1 - PENGENALAN

AKTA KERJA 1955 - Pengenalan

Merupakan akta utama yang dikuatkuasakan oleh Jabatan Tenaga Kerja. Walaupun akta ini telah lama wujud tetapi ianya telah melalui beberapa kali proses pindaan undang bagi mematikan ianya terus relavan dengan keadaan pekerjaan semasa. Kali terakahir akta ini dipinda ialah pada tahun 2012. Pada masa ini kerajaan di peringkat akhir untuk membuat pindaan terkini kepada peruntukan tertentu dalam akta ini yang bertujuan untuk memberikan kebajikan kepada para pekerja dan majikan di negara ini selaras dengan standard yang ditetapkan di peringkat antarabangsa. Akta ini mengandungi 103 Seksyen dan beberapa peraturan seperti Peraturan-Peraturan Kerja 1957, Peraturan-Peraturan Kerja ( Mengambil Bekerja Wanita)(Pekerja-Pekerja Shif, 1970), Peraturan-Peraturan Kerja (Kadar Minimum Elaun Bersalin, 1976), Peraturan-Peraturan Kerja (Faedah-Faedah Penamatan Dan Rentikerja Sentara, 1980) dan Peraturan-Peraturan Kerja (Had Kerja Lebih Masa, 1980).


Siapakah yang dilindungi oleh Akta Kerja 1955?

Pekerja (takrifanyang dimasukkan dalam mana-mana kategori di bawah Jadual 1, Akta Kerja 1955, iaitu; 

1. Mana-mana orang, tidak kira pekerjaannya, yang telah memasuki kontrak perkhidmatan dengan seorang majikan di mana upah orang tersebut tidak melebihi RM 2,000.00 sebulan.

2. Mana-mana orang yang, tidak kira jumlah upahnya yang diperolehi dalam sebulan, telah memasuki kontrak perkhidmatan dengan seorang majikan yang mana terlibat dalam;

a. Pekerjaan kasar (Manual)
b. Mengendalikan kenderaan berjentera 
c. Menyelia pekerja kasar (manual) yang diambil oleh majikan yang sama
d. Pengupayaan dalam mana-mana kapal yang berdaftar di Malaysia
e. Pekerja domestik

Tambahan : 

Pekerja yang menerima upah lebih RM 2,000.00 sebulan tetapi tidak melebihi RM 5,000.00 sebulan juga boleh membuat tuntutan bayaran di bawah akta ini dengan syarat perkara-perkara yang dipertikaikan hendaklah dinyatakan dengan jelas dalam terma dan syarat pekerjaan secara bertulis. [S 69B & 69C]

Adakah Majikan dilindungi di bawah Akta Kerja 1955?

Ya. Majikan (takrifan) mana-mana orang yang membuat kontrak perkhidmatan untuk mengambil bekerja mana-mana orang lain sebagai pekerja dan termasuklah ejen, pengurus atau faktor bagi orang yang disebutkan tersebut.

Tambahan:

Majikan boleh membuat tuntan bayaran di bawah  Akta Kerja 1955 bagi bayaran balik gaji ganti notis seperti diperuntukan di bawan Seksyen 69(2)(iii) dan 69C  


Adakah pekerja asing dilindungi di bawah Akta Kerja 1955?

Ya. Hak pekerja asing dilindungi sama seperti hak pekerja tempatan. 


Disediakan oleh : Unit Media JTK Perlis
_________________________________________________________________________________

Disclaimer:

Penerbitan ini adalah untuk bersifat hebahan dan panduan umum. Pihak Jabatan tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang dihadapi berbangkit dari penulisan ini. Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada JTK Perlis - 04 977 1925 / 1928


OPERASI PEMERIKSAAN BERKANUN

Kangar, 9/1/2019 Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Negeri Perlis telah memulakan operasi Pemeriksaan Berkanun ke atas majikan di sekitar Padang Besar. Sebanyak 12 tempat pekerjaan telah diperiksa yang melibatkan 2 pasukan penguatkuasa JTK Negeri Perlis.  Objektif utama aktiviti adalah untuk memastikan pematuhan undang-undang perburuhan melalui tindakan penguatkuasaan, pemantauan dan tindakan pembetulan. Misi Pemeriksaan Berkanun bagi bulan Januari 2019 turut  memfokuskan  Perlaksanaan Perintah Gaji Minimum  (PGM) 2018. Kerajaan telah menetapkan kadar gaji minimum sebanyak RM 1,100 sebulan kepada semua pekerja di negara tanpa mengira jenis atau kategori pekerjaan atau wilayah.  Para majikan yang diperiksa  juga telah  mengetahui  mengenai  perlaksanaan PGM 2018 berkuatkuasa 1 Januari 2019  dan akan mematuhi peruntukan undang undang yang telah digariskan. Para pekerja juga telah dinasihatkan untuk membuat aduan jika pihak majikan gagal mematuhi PGM 2018 di Pejabat Tenaga Kerja Kangar. Misi yang sama juga akan dilaksanakan bagi bulan Februari dan  seterusnya.

CERAMAH KERJAYA SEMPENA MINGGU SILATURRAHIM SESI 1/2019 DI INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN KANGAR, PERLIS

KANGAR, 9 Januari 2019 : Pusat JobsMalaysia Perlis telah dijemput untuk menyampaikan Ceramah Kerjaya kepada pelajar yang baru Institut Latihan Perindustrian Kangar sempena Minggu Silaturrahim Sesi 1/2019. Ceramah telah disampaikan oleh Pengurus JobsMalaysia, Puan Yuszatunaim Binti Yusof bertajuk "Enam Kemahiran Insaniah Yang Disukai Di Tempat Kerja", yang dihadiri seramai 28 orang pelajar. Program sebegini dapat membuka ruang dan peluang kepada pelajar-pelajar berkenaan untuk berjaya dalam bidang akademik dan seterusnya melahirkan modal insan berkualiti kepada negara.




January 9, 2019

PELAKSANAAN PERINTAH GAJI MINIMUM (PGM) 2018


Berkuatkuasa 1 Januari 2019, Kerajaan telah menetapkan kadar gaji minimum sebanyak RM 1,100.00 sebulan kepada semua pekerja di negara tanpa mengira jenis atau kategori pekerjaan  atau wilayah. Penetapan ini telah mengambilkira keadaan semasa ekonomi semasa dan kos perbelanjaan rakyat yang semakin tinggi. 

Semua majikan hendaklah mematuhi PGM 2018 ini tanpa mengira jenis perniagaan atau sektor industri. Kegagalan mematuhi peruntukan PGM 2018 dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM 10,000.00 bagi setiap kesalahan. 

Klik link di bawah untuk mendapatkan Perintah Gaji Minimum 2018.



Untuk keterangan lanjut anda boleh melayari webpage Kementerian Sumber Manusia.


Sebarang persoalan perundangan perburuhan juga boleh dikemukakan kepada;

Unit Penguatkuasaan,
Pejabat Tenaga Kerja Kangar
Tingkat 1, Bangunan Tun Abdul Razak
01000, Kangar Perlis
Tel: 04-977 1928 / 04-977 9111 (Telekerja)


Terbitan: Unit Media JTK Perlis

LAWATAN KE JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI PERLIS

KANGAR, 8/1/2019: Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Negeri Perlis bersama 5 orang pegawai telah mengadakan lawatan mesra ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Perlis. Tujuan lawatan ini adalah untuk mengeratkan hubungan mesra dan kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan di negeri Perlis yang sering membantu dalam melaksanakan program yang dianjurkan oleh JTK Perlis. Perbincangan mesra telah dijalankan bersama Encik Adnan bin Jaafar, Timbalan Pengarah 1 (Operasi) dan Encik Mohd Hairi Bin Hashim Penolong Pengarah (Penguatkuasaan) JKM Perlis yang meliputi fungsi dan peranan kedua-dua Jabatan yang mempunyai pelanggan sasaran yang sama iaitu Orang Kurang Upaya dan Kumpulan Khas (vulnerable group). Perbincangan juga diadakan untuk mengadakan program anjuran bersama kedua-dua jabatan pada masa akan datang. 



Encik Adnan memaklumkan Pengarah JKM Perlis iaitu Encik Mohd Hazam tidak dapat hadir bersama semasa lawatan ini atas urusan yang tidak dapat dielakkan. Beliau menyampaikan rasa terkilan kerana tidak dapat bersama namun bersedia memberikan komitmen dan mengadakan kerjasama dengan JTK Perlis. Beliau juga bersetuju untuk mengadakan lawatan timbal balik ke JTK Perlis untuk perbincangan lanjut mengenai cadangan penganjuran program bersama kedua-dua jabatan. 



Di antara program yang boleh dijalankan secara kerjasama pada masa akan datang ialah penganjuran Karnival Pekerjaan (Job fair) Orang Kurang Upaya dan Forum Berkaitan Pengurusan dan Penggajian OKU dan Kumpulan Khas.  Objektif lawatan ini tercapai dan diharapkan kerjasama diantara kedua-dua pihak akan berterusan pada masa akan datang.


Terbitan: Unit Media JTK Perlis

KUNJUNGAN MESRA JTK PERLIS KE RTM PERLIS

KANGAR, 6/1/2019; Seramai 5 orang pegawai dari Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Negeri Perlis telah mengadakan lawatan mesra ke Radio Televisyen Malaysia (RTM) Negeri Perlis. Rombongan JTK Perlis diketuai oleh Pengarahnya Encik Iskandar Bin Jassa. Objektif lawatan ini adalah untuk mengeratkan hubungan mesra dan kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan di negeri Perlis yang sering membantu dalam melaksanakan program-program yang dianjurkan oleh JTK Perlis.


Rombongan JTK Perlis telah disambut mesra oleh Pengarah Jabatan Penyiaran Negeri Perlis iaitu Encik Ahmad Zaki Bin Mustafa. Beliau amat menghargai kesudian pihak JTK Perlis untuk melawat ke RTM sambil bertukar-tukar pandangan berkaitan fungsi dan peranan masing-masing. Beliau juga bersedia memberikan komitmen untuk membantu pihak JTK Perlis untuk mempromosikan program-program anjuran JTK Perlis pada masa akan datang.




Rombongan JTK Perlis kemudiannya dibawa melawat ke sekitar pejabat khususnya ke Konti Radio Perlis.fm untuk melihat sendiri suasana kerja di RTM. JTK juga diberikan peluang untuk memberikan penerangan mengenai perundangan perburuhan khususnya berkaitan pelaksanaan Perintah Gaji Minimum 2018 yang berkuatkuasa mulai 1 Januari 2019. Lawatan ini mencapai objektifnya dan diharapkan kerjasama berterusan akan terus dilaksanakan pada masa akan datang.



Terbitan: Unit Media JTK Perlis